Prajurit All-Round
Ikhwan/akhwat fiLlah, saya ingin mengajak anda
berta'aruf dengan: Maja'ah As-Sadusi. Mungkin tidak banyak di antara kita yang
mengenal atau mendengar nama pahlawan Islam yang satu ini. Kepahlawanannya
diceritakan secara lengkap oleh Khalid Muhammad Khalid dalam bukunya "Enam
Puluh Sahabat RasuluLlah."
Kalau kita boleh terkagum-kagum dengan kehebatan
tokoh-tokoh fiktif semacam Rambo dan puluhan tokoh khayali lain dari Hollywood,
maka selayaknya kita akan lebih berdecak kagum dengan ke"all-round"an
tokoh nyata Maja'ah As-Sadusi ini. Selayaknya pula kita mengenalkan
pahlawan-pahlawan Islam ini kepada anak-anak kita dan juga kita sendiri.
Sehingga dengan demikian kita dapat memperoleh ibroh dari para sahabat yang
mendapat binaan dan tarbiyah langsung dari RasuluLlah SAW.
Siapakah Maja'ah As-Sadusi? Ia adalah seorang prajurit
biasa, tapi lebih dari itu ia adalah seorang prajurit teladan kesayangan
khalifah Umar bin Khattab. Maja'ah memang mulai aktif dalam berbagai pertempuran
menegakkan al-Haq pada masa akhir kekhalifahan Abu Bakr Ash-Shiddiq. Kesholehan
dan keberanian serta kehandalannya, membuat Khalifah Umar bin Khattab selalu
mempercayainya untuk melakukan tugas-tugas berat dalam setiap ekspedisi.
Maja'ah memang seorang prajurit "all-round".
Dr. Muhammad Khalid menulis bahwa Maja'ah adalah seorang intel yang mampu
menyusup ke dalam benteng pertahanan musuh tanpa dikenali identitasnya, dalam
hal ini setara dengan Hudzaifah Ibnul Yaman, intel dalam perang Khandak.
Disamping itu, ia juga merupakan penunggang kuda dan pemanah yang ahli yang
mampu mememanah suatu sasaran dari jarak jauh dengan tepat, sambil memacu kuda
dengan kecepatan tinggi, dalam hal ini setara dengan sahabat RasuluLlah yang
lebih senior yaitu: Al-Barra ibnul Malik.
Tidak itu saja, Maja'ah pun seorang prajurit yang ahli
memainkan pedang dan mampu melakukan duel simultan hingga membunuh 200 tentara
musuh dalam sebuah pertempuran. Dalam hal ini setara dengan SyaifuLlah: Khalid
bin Walid. Dan keahliannya yang lain - ini yang tidak tertandingi oleh sahabat
lain - adalah dalam hal menyelam. Ia adalah seorang penyelam ulung di dalam
arus air yang kuat tanpa menggunakan peralatan selam. Maja'ah lah yang pertama
kali membentuk "pasukan katak" dalam sejarah Islam, yaitu saat
melakukan serangan ke benteng terakhir imperium Persia : Tustar.
Menurut Sejarah dan Sumber-sumber Islam
Para Muslim kerap kali tuntut bahawa Islam adalah satu
agama 'Aman damai'. Tetapi sejauh manakah hakikat ini benar? Soalan
Kebebasan beragama adalah satu amalan yang ada perhubungan amat rapat
dengan tuntutan di atas. Kita seharusnya selidiki apakah amalan-amalan
pengikut-pengikut Islam pada hari ini dan juga pada zaman dahulu benar-benar
mencerminkan lunas-lunas agama Islam yang sebenar, terutamanya dalam hal-hal
kebebasan beragama. Contoh-contoh yang paling sesuai untuk
dirujuki adalah dari Pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Islam sendiri,
jadi kita akan merujuki sumber-sumber Islam dan sejarah Islam sendiri - dan
bukan daripada sumber-sumber Bukan Islam, supaya gambaran yang diperolehi
adalah benar dan tepat.
Amalan-amalan Nabi Muhammad, para Sahabat-sahabatnya dan Bakal
Pemimpin-pemimpin Islam yang lain.
Majlis tertinggi dewan perundangan Universiti Al-Azhar
telah menyebut tentang kes seorang muslimah bernama Umm Mirwan yang
telah meninggalkan Islam pada zaman Nabi Islam. Dalam kes itu, Nabi Muhammad
telah mengarahkan supaya wanita ini bertaubat dan memeluk Islam semula, jika
tidak, wanita ini harus dibunuh! Buku-buku dan rekod sejarah Islam telah
mencatat bahawa apabila Muhammad telah menakluki kota Mekkah, dia telah menghukum bunuh semua
insan yang telah keluar dari Islam dan juga mereka yang pernah menghinanya,
pada satu masa dahulu. Semua ini disahkan daripada rujukan Riwayat
oleh Al-Tabari, Bahagian II, muka surat 160, juga daripada Riwayat
hidup Nabi Muhammad oleh Ibn Hisham Bahagian 4, ms.15 & 16.
Mu'adhz Ibn Jabal dan Lelaki bangsa Yahudi
Mu'adhz dianggap sebagai salah satu daripada para Sahabat Nabi yang
terutama di antara 'pembantu-pembantunya' yang lain. Nabi Muhammad sendiri
telah berkata : "Pelajarilah (ambillah) al-Qur'an daripada empat orang
(ini): Mu'adhz bin Jabal ... (diantara lainnya).(Hadis Sahih
Bukhari/HSB bah.9,ms.10).
Peristiwa zalim di bawah ini telahpun dicatat di dalam Hadis sahih
Bukhari (bah.9, ms.19) :
"Mu'adhz ibn Jabal telah pergi menziarah Abu Musa, Gabenor
negeri Yaman zaman itu. Dia telah diberikan sebuah bantal untuk duduk. Sebelum
didudukinya bantal itu, dia ternampak seorang lelaki yang diikat dengan tali,
lalu Mu'adhz telah bertanya kepada Abu Musa -"Siapakah dia ini?", dan
Abu Musa menjawab:"Dia seorang Yahudi yang telah memeluk Islam, tetapi
lepas itu dia keluar daripada Islam lalu memeluk agama asalnya kembali!"
Mu'dhaz telah berkata kepada Abu Musa : "Saya tidak akan duduk
atas bantal ini kecuali lelaki ini dibunuh. Inilah hukuman Allah dan
RasulNya!" Seterusnya Gabenor itu mengarahkan supaya lelaki
itu dibunuh. Selepas itu saja Mu'adhz duduk.
Disini kita diberitahu tentang seorang lelaki Yahudi yang masuk
Islam, tetapi selepas itu dia insaf akan kesilapannya lalu kembali kepada agama
Yahudinya. Akibat ini dia telah diikat sebagai seekor binatang. Seterusnya
apabila Mu'adhz bin Jabal telah datang, dia enggan duduk dengan Gabenor Yaman
selagi lelaki Yahudi ini tidak dibunuh dengan serta-merta! Sesudah pembunuhan
itu dilakukan sahaja barulah Mu'adhz rela duduk, makan dan minum dengan Abu
Musa, yang juga merasai aman -damai, puas hati dan lega dengan dirinya oleh
sebab telah menjalankan kononnya perintah Allah dan rasulNya Muhammad. Rasul
ini adalah konnonya, Nabi yang membawa rahmat dan kebebasan, juga telah
mengarahkan :"Sesiapa yang tinggalkan Islam haruslah dibunuh."
Ali bin Abi Talib dan beberapa Orang Nasrani (Kristian)
Khalifah Islam inilah yang banyak membakar para
'murtad' - tidak kira mereka masih hidup atau pun sudah meninggal
dunia! Sepupu dengan Nabi Muhammad dan juga anak mertuanya, Ali juga adalah
sahabat kegemaran Muhammad dan juga di antara sepuluh orang telah dijanjikan
'nikmat-nikmat Firdaus syurgawi' olehnya.Muhammad telah membela Ali ini sebelum
dan juga selepas kematian ayahnya dan dia telah berkata yang Ali inilah paling
layak menghukum menurut undang-undang Islam!
Marilah kita perhatikan apa yang telah dicatatkan mengenai Imam Ali
ini, Khalifah yang ke-empat, yang disanjung tinggi oleh kedua-dua kelompok Shia
dan juga para Sunni. Dari tulisan Ibn Hazm 'Al-Muhalla', jilid 8,
bahagian sebelas tercatitnya seperti berikut :
"Ali telah membawa para-para 'murtad' dan membakar mereka
hidup-hidup. Setelah Ibn 'Abas menerima berita zalim ini dia pula telah
berkata:"Jika saya dan bukannya dia(Ali), saya tidak akan
membakar mereka hidup-hidup, tetapi saya akan membunuh mereka dalam cara yang
lain, kerana rasullullah telah bersuruh :'Sesiapa yang tinggalkan Islamnya,
bunuhlah dia.'" (m.s.189).
Amalan ini juga tercatat dari Hadis sahih Bukhari -Bahagian 9,
ms.19. Ibn Hazam sekali lagi mengesahkan cara-cara zalim Ali bin Abi Talib
seperti berikut:
"Mereka membawa seorang tua kepada Ali. Orang tua ini pada
mula-mulanya seorang Kristian/Nasrani yang menjadi Islam dan selepas itu
memeluk agama Kristian semula. Ali berkata kepada lelaki ini: 'Mungkin kamu
memeluk agama Kristian bagi mewarisi sesuatu harta pusaka; dan selepas itu kamu
akan kembali ke Islam.' Lelaki tua pula menjawabnya:'Tidak.' Ali
menanyakannya sekali lagi: 'Mungkin kamu masuk Kristian untuk pikat dan
mengahwini seorang gadis Kristian, lepas itu kamu akan kembali kepada agama
Islam?' Lelaki itu menjawabnya: 'Tidak!' Ali kata kepadanya :'Peluklah
Islam semula...!' Maka lelaki tua ini menjawab:'Tidak, bukan sebelum
saya bersua dengan Rabbana 'Isa al-Masih'. Ali seterusnya
perintahkan supaya lelaki ini dibunuh, lalu mereka telah pancung kepalanya."
(m.s.190).
Demi Allah, Ali! Apakah kerana insan-insan diatas ini yakin kepada
'Isa al-Masih dan utusan InjilNya maka kamu cuba paksa mereka bertukar fikiran
mereka!? Dan bila mereka menolak arahan itu, kamu siksakan dan mendera
mereka...atau pun kamu sekaligus membunuh mereka...atau pun membakar
mereka...!?
'Uthman Ibn Affan
Khalifah yang ketiga, Uthman telah mengahwini Rugayah dan juga Ummi
Kalthum, kedua-duanya anak perempuan Muhammad. Dia juga telah dijanjikan nabi
Islam nikmat-nikmat syurgawi. Satu hari,Uthman telah diberitahu bahawa beberapa
orang di Iraq telah keluar dari Islam. Maka Uthman keluarkan perintah kepada
Gabenor wilayah itu untuk memaksa kumpulan ini untuk 'bertaubat dan memeluk
Islam semula' (apakah pertaubatan itu boleh dipaksakan)! Jikalau
tidak, mereka semua akan dibunuh. Beberapa orang diantara mereka telah
dibunuh manakala yang lain pula menyerah kepada paksaan itu dan kembali ke
Islam kerana takut kepada arahan Uthman itu.(Al-Muhalla,
Ibn Hazm,Bah.11,ms.190).
Abu Bakar dan Peperangan-peperangan al-Ridda
Seluruh dunia yang fikiran waras dan bangsa-bangsa yang bertamaddun
menganggap peperangan-peperangan di atas sebagai amat zalim, berkhianat dan
berunsur barbarisma. Perang-perang tersebut diadakan tanpa apa-apa sebab-sebab
yang wajar atau munasabah! Dunia ini akan sentiasa bertanya-tanya apakah
kesalahan atau jenayah suku-suku kaum Arab yang termalang ini untuk mengharungi
siksaan-siksaan, penderitaan dan peperangan yang sedemikian ditangan Abu Bakr,
khalifah yang pertama. Apakah sebabnya beliau telah memerangi mereka dengan
keganasan tanpa apa-apa perkemanusiaan dan membunuh berpuluh-puluh ribu jiwa
yang tidak berdosa. Para Muslim akan cepat menjawab bahawa Abu Bakar ini hanya
melaksanakan perintah-perintah Nabi Muhammad -seperti yang diakui oleh Abu Bakr
sendiri! Oleh sebab suku-suku kaum ini telah semua meninggalkan Islam sebaik
saja Muhammad telah wafat, oleh itu terpakslah dia perangi mereka!
Semua negara membangun dan dunia yang bebas tidak fahami alasan atau
dalih ini, yang secara langsung mengabaikan dan mengetepikan prinsip-prinsip
dasar hak asasi Manusia, yang menjamin kebebasan kepada setiap individu untuk
mempercayai dan menganuti mana-mana ajaran atau agama yang dipilihkannya. Jika
sesiapa pun membaca mana-mana buku sejarah Islam dan perkembangannya, dia akan
menemukan banyak sekali rekod-rekod yang mencatatkan tentang keganasan dan
kezaliman yang ketara keatas kumpulan-kumpulan manusia dalam
peperangan-peperangan itu. Kelompok-kelompok manusia dibunuh beramai-ramai
dengan zalimnya, mereka yang berjaya melepaskan diri dari maut, diberkas dan
dipaksa memeluk Islam semula dan membayar cukai kepada Abu Bakr el-Siddik, bapa
Aisha dan isteri Muhammad.
Perang-perang ridda ini diajar di semua sekolah dan
madrasah-madrasah Arab juga di sekolah-sekolah negeri-negeri Islam. Semua
sejarawan,pembabad dan periwayat Islam misalnya al-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn
Kathir dan al-Suyuti telah mencatitkan segala-galanya tentang perang-perang
ini. Al-Tabari di dalam Sejarahnya telah mencatat bahawa Abu Bakar
telah menyuruh askar-askarnya pergi berperang kumpulan-kumpulan 'murtad' itu
dan supaya :
"Mereka arahkan semua kelompok2 ini
untuk memeluk semula agama Islam. Kalau arahan ini ditolak, tidak sejiwa
pun boleh dilepaskan. Bakar mereka dan bunuh
mereka secara paksa, dan ambillah wanita-wanita dan
kanak-kanak mereka sebagai tawanan-tawanan perang."
Umar bin al-Khattab telah memberitahu Abu Bakar bahawa beberapa
suku-suku kaum di tanah Arab telah peluk semula agama Islam, tetapi mereka
enggan bayar cukai kepada khalifah Umar. Mereka tuntut bahawa hanya nabi
Muhammad layak menerima cukai mereka. Lalu khalifah Uthman b.Affan telah
menjawab: "Demi Tuhan, jika mereka enggan memberi cukai mereka
sepertimana cukai itu diberi kepada nabi Islam, saya akan berperang
dengan mereka oleh sebab keengganan mereka. (H.S.Muslim,Jilid
I(ms.175),Tafsir al-Nawawi)
Universiti Al-Azhar di Mesir telah menerbit sebuah buku yang penting
bernama Al-Khulafa Al-Rashidun (Khalifah-khalifah yang Terpimpin) pada
tahun 1967. Penulisnya, Dr.Abu Zayd Shalabi, seorang profesor
Tamadun Islam di Kuliah Bahasa Arab. Beliau telah kumpulkan butiran-butiran
lengkap mengenai Perang-perang Ridda ini yang telah merangkumi 20
halaman dalam bukunya(hal.41-60). Dibawah sini adalah beberapa kutipan daripada
buku ini:
"Abu Bakr telah hantar sebelas orang Jenderalnya memimpin
angkatan-angkatan tentera masing-masing menentang para-para 'murtad'
di sebelas buah Kota. Ramai telah dipaksa memeluk semula agama Islam.
Diantara negeri-negeri yang diserang itu ialah Bahrain, yang telah
diserang oleh al-Ala' Ibn Hadrami, serta Yaman yang diserang oleh
Suwaid bin Maqrin. Khalid b.al Walid telah pergi berperang bani Tulayha,
Bani Asad dan suku-suku Arab disekelilingnya."
Dr.Abu Zayd ini telah memberi ulasan yang menarik di halaman 60
dalam bukunya:
"Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh para Muslim dalam Perang
Ridda ini ada satu hasil yang amat berkesan: Kejayaan ini telah menakuti
sesiapa pun yang ingin keluar dari Islam."
Hakikatnya Dr.Shalabi, ialah Islam dari permulaannya
telah cuba menghalang orang dari meninggalkannya dengan ancaman-ancaman BUNUH
yang ketara. Inilah cara Paksaan namanya! Sungguh
memalukan Dr.Shalabi, bagi kamu mencatatkan dalam buku kamu itu, HAKIKAT bahawa
Islam telah berkembang di seluruh daerah Timur-tengah dengan cara berperang,
pedang, paksa dan kekerasan! Tidakkah hakikat ini mendorongi kamu untuk
mengkaji semula kesahihan dan keikhlasan agama kamu itu? Semua tindakan ini
adalah langkah-langkah menegah para Muslim yang mahu keluar dari Islam sebab
dia akan menerima ajal yang telah menimpa suku-suku kaum Arab yang telah
diserangi pemimpin-pemimpin diatas! Akan tetapi hari ini, keadaannya amat
berlainan contohnya di Indonesia, di mana beratus-ratus ribu orang telah
memeluk penyelematan Al-Masih 'Isa secara sukarela, dan bukan dengan paksaan!
Ibn Hisham
Ibn Hisham, seorang yang berwibawa dalam sejarah awal Islam, telah
mencatat:
"Sebaik sahaja Nabi Muhammad telah wafat, ramai
'penganut-penganut' Islam di kota Mekkah dengan cepatnya ingin meninggalkan
Islam. Maka telah bangunlah Suhayl bin 'Amru, dia berkata: 'Sesiapa yang
meninggalkan Islam, kami akan pancung kepalanya!' Ramai
orang pun menukar fikiran mereka kerana takut dibunuh. "
Al Sira Al-Nabawia, Bahagian 4, ms.180
Inilah situasi dikalangan penduduk kota Mekkah. Tetapi majoriti dan
kebanyakan suku-kaum Arab di tempat lain di tanah Arab telah benar-benar keluar
dari Islam. Abu Bakar telah menyerangi mereka. Khalid bin al-Walid terutamanya
amat zalim dan tidak berhati perut langsung terhadap mereka. Menurut Dr.Abu
Zayd, Khalid al-Walid telah mencungkil keluar mata mangsa-mangsanya.
Peristiwa-peristiwa berdarah ini menimbulkan beberapa soalan yang
penting.Yaitu: Kenapakah kumpulan-kumpulan Arab ini keluar daripada Islam
sebaik saja Nabi Muhammad telah mati? Kenapakah ahli-ahli Kota Mekkah ingin
meninggalkan Islam selepas kematian Muhammad? Jawapannya yang jelas ialah
mereka semua telah 'memeluk Islam' dibawah ancaman pedang kerana Muhammad telah
memaksa mereka pilih di antara Islam atau kematian(dipancung!).
Soalan Pertama:
Apakah dalih yang dipakai oleh Islam bagi pembunuhan para 'Murtad'?
Pembunuhan seorang yang meninggalkan Islam ('murtad') adalah satu
penafian dan penyangkalan kebebasan beragamanya. Manusia ini tidak bebas untuk
mempercayai mana-mana agama yang dipilihnya. Penafian kebebasan yang asas ini
ialah satu penyangkalan Pengisytiharan Antarabangsa Hak
Asasi Manusia (Perkara 18), yang herannya telah ditandatangani
kebanyakan negeri Islam. Apakah yang dikatakan oleh kebanyakan ulamak Islam
dalam hal ini?
Ulama-ulama dari Kuwait dan Qatar telah cuba menjawab soalan ini.
Sebuah Majalah mingguan di Kuwait telah membawa ulasan berikut dalam satu
terbitannya:
"Ada orang yang kata: 'Inginkah kamu menafikan kebebasan
beragama kepada rakyat?' Kami menjawabnya:'Jika kebebasan itu melibatkan
ketidakpercayaan dalam Islam, atau bebas untuk keluar dari Islam atau murtad,
kebebasan itu dinafikan. Kami tidak akan mengakuinya, malah kami ingin
menghapuskannya, dan kami akan cuba menggugatnya. Dan kami akan umumkannya
secara ketara.'" (Dr.Taha Jabir: Majalah 'Masyarakat Islam',April 17,
1984. ms.26)
Taha Jabir seterusnya menerangkan bahwa Islam tidak benarkan
penganut-penganutnya meninggalkannya. Dari halaman 26 majalah itu dia cuba
mengkritik kerajaan-kerajaan Islam yang dianggapnya bersikap 'lemah' terhadap
mereka yang telah tinggalkan Islam.
Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia
Mari kita cuba fahami tindak-balas dan reaksi Islam kepada Pengisytiharan
ini. Kali ini giliran ulamak dari Qatar memberikan jawapannya. Qatar adalah
sebuah negeri Islam. Seorang ulamaknya Dr.Ahmad telah menulis sebuah buku
berjudul: 'Jaminan jaminan Kepada Individu di dalam Hukum Islam'(Individual
Guarantees in Islamic Law), pada halaman 15 & 16 buku ini dia berkata:
"Perkara 18 Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi
Manusia memberi setiap individu kebebasan penuh untuk
bertukar kepercayannya atau tinggalkan agamanya bagi menjamin kebebasannya
beragamanya. Kami risau jika kebebasan ini akan memudaratkannya dan keselamatan
orang lain. Atau kalau-kalau matlamat menukar agamanya akan menimbulkan
huru-hara dan tersebarnya kekeliruan dikalangan rakyat?"
Apakah alasan disebalik maksud "jikalau kebebasan ini akan
memudaratkannya" ? Apakah ini hanya pandangan
dan hemat peribadi Dr.Ahmad atau pun hakikat yang sebenar pada individu atau
mereka yang menukar agamanya ? Kenapakah Dr.Ahmad mencuba paksakan pandangannya
keatas orang lain? Adakah hemat Dr.Ahmad ini munasabah? Hanya beliau sahaja
percayai bahawa meninggalkan Islam akan kononnya "memudaratkan"
seseorang! Jika adanya orang yang berbeda pendapat dengan Dr.Ahmad ini, dan
sebaliknya, mereka ini yakin bahawa untuk meneruskan hidup mereka
sebagai orang Muslim akan memudaratkan kehidupan mereka - dan ada
ramai pula insan ini! Apakah untuk kesejahteraan diri dan ahli-ahli keluarganya
insan ini memeluk Rabbana 'Isa Al-Masih dan penebusanNya,
supaya mereka dapat menjalani hidup yang diberkati aman damai, girang, kasih
sayang dan kesucian.Kenapakah kamu kata kepada insan ini "Kami
menegah kamu! Kami tidak membenarkan kamu kebebasan
meninggalkan Islam atau menganuti agama yang lain. Jika kamu lakukannya, kami
akan membunuh kamu semua supaya kamu tidak memudaratkan diri kamu..!"
Kemungkinan besar juga; diatas dalih dan alasan inilah, Nabi
Muhammad, Hazrat 'Ali dan Uthman telah membunuh mereka yang
meninggalkan Islam. Sementara Abu Bakar juga telah serang mereka yang telah
keluar dari Islam, dan membunuh berpuluh-puluh jiwa ... supaya kononnya
"mereka tidak akan memudaratkan diri mereka.."!
Berhubung dengan alasannya bahawa sesiapa yang keluar dari Islam
akan "...menyebar kekeliruan di kalangan rakyat.." pula adalah satu
lagi sebab yang tidak munasabah lagi tidak wajar langsung. Keyakinan orang lain
tidak ada kaitan atau kena-mengena dengan keyakinan individu yang telah keluar
dari Islam itu. Jika ada sekolompok manusia yang bertindak melakukan
sesuatu-itu adalah masalah akidah dan pilihan mereka sendiri, ini pula tidak
ada perkaitan dengan keputusan pribadi seorang individu yang telah 'murtad'
itu! Dia hanya mencari kesejahteraan akidah dan kedamaian rohani sendirinya dan
berputus untuk memeluk utusan Rabbana Isa al-Masih dan Injilnya.
Di dunia ini ada wujudnya hakikat Hak Asasi Manusia.
Yakni seorang insan bebas dan berhak untuk memeluk mana-mana satu agama atau
mempercayai mana-mana fahaman yang meyakininya, juga untuk menyembah Tuhan yang
dipilihnya sendiri. Semua negeri-negeri yang bertamaddun dan berdaulat termasuk
kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui dan mengaminkan kebebasan
peribadi ini - untuk memilih dan meyakini agama sendiri, kecuali nampaknya Nabi
Islam, yang telah perintah: "Sesiapa yang tukar agamanya - bunuhlah orang
itu!"
Dr.Ahmad buat tuduhan, bahawa para 'murtad' itu akan menyebar
kemudaratan di bumi. Apakah seorang yang memeluk ajaran Injil itu, dengan
ajaran dan prinsip-prinsip kerohanian yang tinggi dan mulia akan mengkorup dan
mencemar bumi ini?! Atau sebaliknya, mereka yang memegang kepada satu ajaran
yang membunuh penganut-penganutnya yang keluar daripada ajaran itu, inilah yang
lebih memudaratkan keadaan di atas muka bumi; serta memusnahkan kesejahteraan
dan aman-damai antara insan di bumi! Injil dan ajaran-ajarannya sebaliknya
tidaklah begitu - ia beri penekenan pada Kasih-sayang Tuhan dan diantara
manusia. Ia menyeru bagi menyayangi semua insan-termasuk musuh-musuh
kami. Ia berseru untuk hidup bersuci dan beraman-damai sesama
semua manusia.
Soalan Kedua:
Bagaimanakah Umat Islam Dapat Menafikan Amalan-amalan Pemaksaannya ?
Lazimnya umat Islam cuba
menidakkan hakikat pengamalan mereka yang 'kurang daripada bebas' di atas ini
dengan berkata : "Tidak ada paksaan dalam hal-hal beragama...",
tetapi dari sumber Islam dan sejarah para Muslim sendiri ada bukti-bukti nyata
yang mengesahkan kebenaran hakikat yang terhurai di atas ini. Sesungguhnya,
sehingga hari ini, yakni abad ke-21 T.M. terdapat dalil-dalil yang ketara
bahawa amalan-amalan pemaksaan ini masih lagi diteruskan!
Syaikh Muhammad Mutawili al-Sha`rawi
Beliau salah seorang ulamak Mesir semasa yang terkenal sekali. Berjuta-juta
umat Islam menonton rancangan talivisyennya yang sentiasa saja mengkritik agama
Kristian. Dia mengajar bahawa umat Kristian adalah kafir dan menggalakan para
Muslim di Mesir menceroboh gereja-gereja Nasrani/Kibti, membakar mereka dan
membunuh 'kafir-kafir itu'! Media massa
di Mesir sentiasa menerbit lapuran-lapuran tentang pencerobohan dan
peristiwa-peristiwa ini. Dia telah menulis beberapa buah buku dan satu daripadanya
berjudul : "Kamu Tanya dan Islam Menjawab", dalam Bahagian 2 buku
ini, halaman 52, tercatit:
"Ada
yang bertanya:'Bagaimanakah boleh Islam buat tuntutan tidak ada paksaan
beragama tetapi sebaliknya mengarahkan hukuman mati bagi mereka yang
tinggalkan agama Islam?' Kami jawab:'Kamu bebas untuk percaya atau sebaliknya
apa-apa sahaja.Tetapi setelah memeluk Islam, KEBEBASAN ITU TIDAK WUJUD LAGI.
Kamu sudah terikat kepada Islam, dan jika mahu keluar daripada Islam, kamu
dikenakan segala penghukuman dan sekatan-sekatan yang berkenaan, termasuk pembunuhan.
Jadi, mereka ada kebebasan memeluk agama Islam, tetapi sesudah itu
mereka tidak bebas lagi untuk meninggalkan Islam!"
Apa hendak dikata lagi? Sudah terbuktilah tanpa apa-apa kemusykilan
lagi, segala yang dibincang diatas ini! Pernyataan Al-Sha`rawi menyetujui
sepenuhnya dengan pengamalan membunuh para 'murtad' oleh kerajaan-kerajaan
Islam. Tafsiran al-Baidawi dan Ibn Hazem bagi ayat ini juga mengesahkan
terjemahan Al-Sha`rawi. Seorang insan - biarlah Kristian atau Yahudi-adalah
bebas percayai atau tidak percayai (Islam), yakni dia ada pilihan untuk memeluk
Islam atau pun membayar cukai jizya. Jikalau dia tidak beragama (yakni
bukan Nasrani Kristian atau Yahudi), dia tidak ada kebebasan (tidak
ada pilihan lain) untuk memeluk mana-mana agama yang lain KECUALI
ISLAM. Ibn Hazem mengesahkan hakikat semua ini dengan bukti
kata-katanya:
Sesungguhnya telah dilapurkan kepada kami, bahawa Nabi Muhammad(saw)
seringkali telah MEMAKSAKAN Arab Jahiliyyah untuk memeluk agama Islam. Dia
telah beri mereka hanya dua pilihan - yaitu : TERIMA ISLAM ATAU MATI DIBUNUH.
Sesungguhnya, ini adalah pemelukan agama Islam secara pemaksaan
Namanya!
(Al-Muhalla,Ibn Hazem, Jilid 8, Bah.11, halaman 196).
(Al-Muhalla,Ibn Hazem, Jilid 8, Bah.11, halaman 196).
Jadi sudah terbuktilah dengan jelas sekali dan tanpa apa-apa
kemusykilan, dan juga disokong oleh ulasan-ulasan Syaikh Sha`rawi, hakikat
bahawa : tidak adanya kebebasan yang sebenar di dalam amalan agama Islam!
Selain Daripada Itu :
Selain daripada semua hakikat tentang amalan-amalan Islam di atas
yang berciri kekejaman, pemaksaan dan sekatan-sekatan serta penindasan hak-hak
asasi yang lain keatas kedua-dua kumpulan manusia yang beragama Islam dan juga
mereka yang bukan beragama Islam, terdapat juga bukti-bukti kekerasan,
pemaksaan dan penindasan juga digunakan supaya para
muslimin dan muslimat mendirikan ibadat mereka.
Ibn Taimiyya
Tokoh Islam yang terkemuka ini juga bergelar Syaikh Al-Islam,
arahannya tentang Muslim yang tidak mendirikan ibadatnya adalah seperti berikut
:
"Seorang Muslim yang enggan mendirikan solat harus DI
PAKSA supaya dia bersolat juga. Jika dia menolak arahan ini, DIA
MESTI DIBUNUH, oleh kerana dia akan menjadi seorang kafir atau murtad.
Inilah amalannya menurut semua Ulamak-ulamak dan Imam-imam; walaupun orang ini
mengakui Muhammad sebagai Rasullullah dan yakin kepada tujuan doa-doanya. (Ibn
Taimiyya, Jilid 35, ms.105-106).
Dalam Jilid 32, ms.276 dan 279, Ibn Taimiyya sekali lagi mengulas
arahan-arahan supaya membunuh seseorang yang meninggalkan doa-doa solatnya.
Selepas itu, dia berikan arahan sekali lagi kepada suami-suami beragama Islam,
supaya:
"Jika seorang daripada isteri kamu mengabaikan doa-doanya, kamu
mestilah mengarahkannya supaya bertaubat. Suami dibenarkan mendera
dan memukul isterinya sehingga dia bertaubat. Jika
isteri itu masih tidak mahu taubat, maka dia seharusnya dibunuh..."
Tidak boleh dinafikan adanya masa dimana si-isteri itu mungkin
terlalu sibuk dengan tugas-tugas rumah-tangganya sehingga terbeban untuk
mencari masa lapang supaya mengerjakan doa-doa solatnya. Jika akhirnya, dia
tidak berupaya untuk menunaikan ibadatnya ini, suaminya sebagai orang Muslim
yang bertanggungjawab seharusnya memukul isterinya supaya dia bersolat, dan
jikalau tidak, isterinya boleh dibunuh!
Hukuman ini bukanlah keputusan syaikh Ibn Taimiyya sahaja, malah
juga kata-putus semua para Ulamak dan Imam-imam seperti yang diakui oleh
Ibn Taimiyya sendiri. Setelah pengakuan ini diselidiki dengan lebih
lanjut, kami telah jumpa pengesahan pengakuan ini juga daripada tulisan-tulisan
Ibn Hazem dalam Al-Muhallanya-Bahagian 11,
Jilid 8, halaman 378. Tokoh-tokoh Islam yang lain yang juga mengesahkan amalan
ini ialah Imam Shafi'i, Imam Malik -kedua-dua pemimpin
Islam ini memberi penekanan kepada amalan membunuh mana-mana umat Islam yang
mengabaikan Solatnya dan tidak bertobat. Hadis Sahih Muslim
pula menunjukkan ini adalah disetujui juga oleh Khalifah Ali
bin Abi Talib.(HSM, Jilid I, ms.267). Imam Abu Hanifah,
pengasas mazhab Hanafi pula, mengarahkan supaya Muslim yang enggan itu mesti
didera dan dipukul sampai bertaubat dan jika tidak bertaubat juga mesti
diteruskan deraan itu sehingga akhirnya dia bertobat atau mati akibat pukulan
itu-yang mana-mana satu datang dahulu!
Sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah membenarkan hukuman yang
amat zalim ini dalam pengumumannya seperti berikut:
"Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah seorang
Islam, kecuali dalam TIGA Perkara berikut, yaitu - Menjadi 'murtad' sesudah dia
memeluk Islam, kedua - Berzina sesudah berkahwin, dan ketiga - Membunuh seseorang
tanpa apa -apa hak atau sebab yang munasabah."
Sumber-sumber yang mengesahkan pengumuman ini adalah seperti
berikut:
Hadis Sahih Muslim, Jilid I, ms. 267, tafsiran Nawawi
Imam Shafi'i, "Ordinan-ordinan(Undang-undang)
al-Quran" Bah.2, m.s.46
Ibn Hazm, "Al-Muhalla", Bah.11, Jilid 8, halaman
377 dan 400
Syaikh Shaltut(Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir), "Islam:
Satu Dogma dan Undang-undang", hal.322
Dr.Afifi'Abdul-Fattah, "Semangat Agama Islam",
m.s.408
Jadi, sudah sangat jelaslah bahawa semua kenyataan-kenyataan diatas
bukanlah gubahan 'musuh-musuh Islam' yang diada-adakan bagi mendustai nama baik
dan agama Islam.Sebaliknya, segala-galanya sudahpun disahkan dari
sumber-sumber Islam SENDIRI yang tulen lagi berwibawa.
Amat jelaslah sekali hakikatnya bahawa amalan diatas ini semuanya
adalah amat kejam,malah ada yang ganas dan zalim sekali akibat-akibatnya. Semua
ini pula diadakan supaya mengancam para Muslim tidak keluar dari Islam, dan
supaya para Muslimin dan juga Muslimat akan kerjakan ibadat-ibadat solat
mereka. Di negeri-negeri Islam dimana kerajaannya amalkan undang-undang syariah
Islam, semua amalan-amalan di atas seharusnya dilaksanakan tanpa apa-apa
persoalan!
Satu Peristiwa yang Trajik dan Mengejutkan
Apabila Hazrat Uthman bin Affan, Khalifah yang ketiga dan juga suami
kepada Ruqayya, anak perempuan Nabi Muhammad telah dikepung oleh
pembunuh-pembunuhnya, dia telah merayu kepada pengumuman Nabi Muhammad di atas.
Dimana pengumuman itu mengharamkan pembunuhan seorang Islam kecuali dalam tiga
perkara. Dia telah berkata:
"Di atas sebab mana-mana satu daripada tiga sebab itu kamu
hendak membunuh saya ...?"
dan khalifah Uthman juga telah berseru:
"Tidakkah aku seorang Putera di antara mereka yang
Beriman...?"
Walaupun begitu bunyi rayuannya, Uthman bin Affan, khalifah ketiga
Dunia Islam telah dibunuh dengan kejamnya! Siapakah pembunuh-pembunuh beliau,
sebenarnya ? Pembunuh-pembunuhnya adalah tidak lain dan tidak bukan, pembunuh
yang SE-IMAN DENGANNYA! Umat Islamlah sendiri telah tergamak bertanggung jawab
membunuh pemimpin dan khalifah mereka sendiri. Menurut catatan-catatan serta
rekod para Muslim sendiri, pembunuhan kejam ini telah dilakukan oleh orang
Islam sendiri, termasuk nama-nama seperti Muhammad ibn Abu Bakar
Al-Siddik dan 'Ammar Ibn Yasir, kedua-dua
mereka ini telah berkomplot dan bersubahat bersama-sama dengan orang Islam yang
lain supaya membunuh khalifah mereka. 'Ammar bin Yasir itu
adalah salah seorang daripada Para Sahabat Nabi yang terkenal; dan Muhammad
bin Abu Bakar itu juga bergelar 'Yang- Benar'.
Apakah jawapan yang diberikan kepada khalifah Uthman oleh
pembunuh-pembunuhnya? Jawabannya berbunyi:
"Kerana kamu telah membuat penukaran dan pemindaan
kepada Kitab Allah (Yakni al-Quran)...!"
Itulah sebabnya yang sebenar yang mengakibatkan pembunuhan Khalifah
Uthman b.Affan ditangan umat Islam sendiri. Semuanya fakta di atas ini terdapat
di dalam buku Ibn Kathir - Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7,
m.s.185. Ibn Kathir juga telah sebut bahawa sejumlah besar ahli-ahli Qurra
(pembaca2 al-Quran) telah lazimnya menyumpah dan mengutuk Uthman bin Affan,
serta memberi galakan mereka kepada umat Islam untuk bangkit dan memberontak
menentang Khalifah Uthman -Al-Bidayah wa An-Nihayah,
Bah.7, m.s.166.
Dakwaan pemindaan dan penukaran kepada Kitab Al-Quran oleh khalifah Uthman ini yang dicatat oleh Hafiz Ismail
Ibn Kathir diatas juga disokong oleh tokoh-tokoh sejarah Islam yang berikut:
Ibn Kathir diatas juga disokong oleh tokoh-tokoh sejarah Islam yang berikut:
Riwayat oleh Al-Tabari,
Bahagian 2, halaman 669, Riwayat Para
Khalifah oleh Al-Suyuti serta banyak
rujukan-rujukan sejarah Islam terawal yang lain.
Dalil-dalil yang Membuktikan Ramai para Sahabat Nabi Mencurigai
Quran Hasil Suntingan Uthman b.Affan
Soalannya ialah: "Kenapakah hampir semua ahli-ahli Qurra
telah melakukan begitu dan juga Ibn Kathir telah bersumpah bahawa Muhammad Ibn
Abu Bakar telah menuduh khalifah Uthman membuat penukaran kepada kandungan
al-Quran?" Siapakah Ibn Kathir ini? Ismail Ibn Kathir adalah seorang Hafiz
yaitu seorang penghafaz al-Quran dari kota
Mekkah dan memiliki Mashafnya yang, diantara 6 yang lain, dirujuki
ramai ulamak-ulamak Islam sepanjang sejarah Islam. Hasil Karyanya - Al-Bidayah
wa An-Nihayah yang ada empat-belas Bahagian juga merupakan rujukan
asas bagi semua ahli-ahli sejarah Islam dalam karya-karya mereka. Selain dari
itu, terdapat juga sokongan daripada seorang tokoh Islam: As-Suyuti,
beliau telah mencatat bahawa "ada ramai para umat Islam menuduh
khalifah Uthman membuat pemindaan dan penukaran kepada Kitab
al-Quran", misalnya Hamidah binti Abu Yunis, yang berkata
:
"Khalifa Uthman telah mengadakan penukaran
kepada salinan-salinan al-Quran."
Al-Itqan fi Ulum al-Quran, As-Suyuti, Bahagian 3, ms.73.
Al-Itqan fi Ulum al-Quran, As-Suyuti, Bahagian 3, ms.73.
Ibn Umar al-Khattab juga telah
membuat pengakuan yang ketara bahawa:
"Janganlah sesiapa kata yang dia dapat mengumpul al-Quran
dengan lengkapnya! Bagaimanakah dia dapat tahu itulah pengumpulan al-Quran yang
secukup-cukupnya? Sebahagian besar al-Quran sudah pun HILANG,
jadi biarlah dia berkata 'Saya hanya dapat kumpulkan kandungan Quran
daripada apa-apa yang ada'"
Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3,
ms. 72
Aisya, isteri Nabi Muhammad
juga memberi kenyataannya yang menyokong pengakuan Ibn Umar ini, katanya :
"Semasa hayat Nabi Muhammad, Surah Ahzab mengandungi dua-ratus
baris ayat bila dibacakan, Tetapi apabila Uthman mengarahkan
suntingannya ke atas salinan-salinan Quran, hanya tujuh-puluh tiga
baris ayat telah dicatit..!"
Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3,
ms. 72
Jadi, sebagai kesimpulan yang wajar, Adakah khalifah
Uthman bin Affan pada hakikatnya telah benar-benar membuat pemindaan-pemindaan
dan perubahan kepada salinan al-Quran yang telah 'diselaraskannya' ?
Sepertimana yang dituduh oleh Hamidah binti Abi Yunis dan juga terbukti oleh
kenyataan-kenyataan Para Sahabat, pemimpin-pemimpin dan juga tokoh tokoh Islam
yang terawal dan amat diyakini; jawaban wajar lagi munasabahnya ialah : SUDAH
TENTU SEKALI!
Tidak ada sebab lain yang munasabah bagi persubahatan para
pemimpin Islam yang telah berkomplot bersama-sama untuk membunuh
Khalifah Islam yang ketiga ini. Walaupun darah Uthman bin Affan akan 'dicurahkan
secara haram' mengikut pengumuman Nabi Muhammad, walaupun khalifah Uthman bin
Affan telah merayu-rayu bagi nyawanya dan juga merayu kepada pengisytiharan
Muhammad, saudara-saudara Islam seimannya telah pun membunuhnya tanpa
apa-apa belas kasihan atau pengampunan! Hanya ada satu alasan yang
muktamad sahaja yang menyebabkan pembunuhan (assasination) ini - iaitu
sebab yang sudah ditampil dengan jelas dan muktamadnya diatas ini - penukaran-penukaran
keatas Kitab Al-Quran oleh arahan khalifah Uthman.
Oleh itu, tidak berguna bagi para Muslim menuntut bahawa hari ini,
seluruh dunia Islam membaca satu 'Kitab yang sama', kerana kita sudah pun dapat
melihat dengan bukti-bukti yang sah, bahawa "proses selaraskan
Kitab" ini adalah satu peristiwa yang diselubungi kemusykilan,
kecurigaan, persoalan dan juga tragedi
yang menimbulkan syak bukan sahaja di antara ahli sejarawan bukan Islam, tetapi
juga di kalangan sejarawan dan tokoh-tokoh Islam yang terawal sekali! Oleh yang
demikian, dunia Islam hari ini haruslah mencelikkan mata kepada hakikat-hakikat
yang sebenar tentang Kitab Al-Quran dan juga amalan 'kebebasan beragama' dalam
agama Islam dengan menyelidiki sumber-sumber mereka dengan sikap dan fikiran
yang lebih terbuka. Semoga Tuhan akan menerangi dan melindungi insan-insanNya
yang cintai akan Kebenaran!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar